Blogwalking? What do you want to do when blogwalking?

2.12.2011

Haram Menyambut Hari Kekasih (dipetik dari Sedutan Teks Kuthbah Masjid UPM, 11 Februari)

Hari kekasih juga digelar sebagai: "Valentine 's Day" yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutann yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Ia disambut dengan pelbagai cara dan acarabermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan penzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka. jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau "Hari Valentine" dalam Islam. Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau meransang kepada kemungakaran dan maksiat.

Sumber Catholic Ensyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, dia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan "Daripada Valentinemu". Maka semenjak itu orang Kristian mengambil hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad s.a.w., wajarkah kita merayakan hari kekasih ini? Patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan? Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain. Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab (sejenis biawak di padang pasir). Lantaran itu, sahabat bertanya, "Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: "Siapa lagi kalau bukan mereka?".

10.13.2010

Hmmm...

Nampaknya dah banyak blog yang dah maju. Load blog cepat, tak macam blog saya ni. Dah tak maju dah. Tahun lepas banyak rang kata blog ni maju. Beberapa sebabnya ialah:

1. Sebab UPSR. Memang perit betul sekolah masa 2009. Disebabkan UPSR, aku dah hilang mood nak update blog. Entah la cam mana terjadi.

2. Website lain yang lagi best, contohnya YouTube. Dulu, hobi aku update blog ni tanpa henti, sekarang upload video banyak-banyak. Memang best la juga, dan aku semakin lama hilang rasa tentang blogging ni.

3. Susah nak cari sumber. Ini pun salah satu dan paling tepat kenapa saya tak update blog. Sekarang dah tak ada idea nak buat apa.

Hmmm... tu je lah. Memang rasa malas nak update ni. Tak sangka sekarang banyak Google dah ubah Blogger ni. Homepage tak berubah pun. Tapi tetapan nya sudah berubah.
Dulu macam-macam aku post.

Google Translate----------------

Listen 2 Quran